JEMPUTAN MENULIS UNTUK GOBLOG#2.
Kepada:
anda, kawan-kawan anda, semua orang muda dan orang yang pernah muda.
tahun lepas [2006] buku bernama Goblog telah diterbitkan. tahun ni kami di Papakerma nak teruskan kesinambungan untuk menerbitkan Goblog edisi kedua [Goblog#2] pulak. jadi, anda dijemput untuk sama-sama menjayakan projek buku Goblog#2 ini. hantarkan apa jua bentuk tulisan kepada kami untuk disemak dan kemudiannya dibukukan. takde tema yang spesifik untuk Goblog#2 ni. jadi, anda bebas nak tulis tentang apa pun. tapi sila pastikan tulisan anda tu mempunyai mesej yang berguna untuk orang ramai. tulisan yang takde mesej akan direject tanpa belas kasihan. tulisan yang rasis, fasis, seksis, nazis, prejudis dan segala unsur yang bertentangan dengan hak asasi manusia jugak akan direject.
setiap seorang dibenarkan menghantar maksimum 10 artikel dan minimum 5 artikel. hantarkan artikel dalam bahasa malaysia ok.takde deadline [deadline ke dateline?] yang ditetapkan. cukup je bilangan artikel yang dikehendaki, kami akan siapkan buku Goblog#2 ni. cepat lambat buku ni dikeluarkan bergantung sepenuhnya kepada keterlibatan anda [dan juga keadaan kewangan kami.:p].kepada yang berminat, hantarkan kontribusi anda kepada saya di alamat email berikut: merahdanhitam@yahoo.com
daripada:
Dhani Ahmad
b/p: Papakerma Press
www.papakerma.com
ada kawan sudah baca Goblog. dan mereka review Goblog. baca review mereka di sini:
Goblog Dari Penjuru Mataku :
http://dugongsenyum.blogspot.com/2006/08/goblog-dari-penjuru-mataku.html
GOBLOG neo-eksperimantasi :
http://sukaatiaku.blogspot.com/2006/08/goblog-neo-eksperimantasi.html
GOBLOG Itu Seksi :
http://azharahmad.com/blog/goblog-itu-seksi/
“Goblog bukan sekadar cerita harian. Bukan diari picisan untuk cerita makan nasi lauk apa tengahari tadi, tayar pancit masa nak pergi kerja. Tapi sebagai platform ekspresi yang terunggul. Kat sini ada 13 blog anak muda DIY. Buka hati, buka minda. Bukan semua berada di permukaan. Cuba nasib baca tengok, ada berani?!” – KUMPRINX
“Penulis-penulis buku goblog ini umpama karektor-karektor dalam “Alice in wonderland”. Kadang-kadang menarik, kadang-kadang pelik, kadangkala terlalu biasa untuk diterokai. Tapi apa yang pasti, anda (iaitu pembaca) adalah “Alice” yang menentukan akhir jalan ceritanya.” – FAHMI
“This book is like the tip of an iceberg where actually beneath the water lies a larger bulk of ice. And beneath of all the writings each writer present inside this book lays another equally quality writings, but with much larger ’substance’ produced and stories presented. Check into their blogs, and you’ll know what I mean” – KEJU
“Bukan. Bukan Goblog yang itu maksud aku. Tapi sebuah koleksi yang menampilkan 13 orang penggiat scene muzik diy. Mungkin Datuk Harussani tidak berkenan dengan erti plural pada bahagian lain. Tapi beliau harus terima hakikat bahawa buku ini telah menampilkan kerja plural, baik di segi penulisnya mahupun di segi ideanya. Idea cerita maksud aku. Daripada Bab Lokman hinggalah ke Bab Zaxx buku ini menghidangkan pelbagai idea, rencam cerita. Kalau kau beli, kau terkejut yakni terkesima dengan suatu perkara. Nak tau apa? Kalau nak tahu belilah…” – ZULFIKAR
“Orang menulis kerana bosan, rindu, resah, gelisah atau muak. Tulisannya pula membayangkan kebodohan, kepandaian, kepura-puraan, kebebalan atau keintelektualan. Ada yang disimpan di dalam laci, dikirim kepada kekasih atau dilayang di angin lalu… Goblog; koleksi tulisan 13 orang-orang kecil tanpa batas pemisahan, menghidang pelbagai tema persoalan dan serpihan pengalaman diantara perasaan yang benar dan palsu. Terpulang; penulis tidak mencari pembacanya, tetapi pembaca yang mencari penulisnya” – LOKMAN
“Goblog:”koleksi tulisan blog orang-orang kecil”, hasil karya 13 anak muda, dan seperti namanya, memberi anda ruang, engajak anda menapak sementara ke dalam dunia mereka, dunia orang-orang kecil. Dengan segala resah hatinya, dan dengan segala selamba fikirnya. Tulisan-tulisan ini adalah tulisan anak-anak muda yang biasa, tetapi dalam dunia ini tidak ada anak muda yang biasa” – ZAZA
“Haram mungkin kerana unsurnya busuk. Halal mungkin pula kerana ia wangi disulami cantik. Kalau tulis sesuatu yang haram pun jadi satu dosa, semua keponak-ponakan manusia tidak harus diajar menulis untuk jadi seorang manusia. Takut salah atau betul menghantui kepala. Jadi, tidak salah untuk kita jadi minoriti yang bersuara. Sekurang-kurangnya mewakilkan sekelumit dari segumpal” – JR
“Penulis-penulis Goblog adalah pelajar yang berhutang dengan PTPTN/MARA. Kerana tak punya wang. Tapi penulis punya idea dan usaha. Bukan soal kontennya. Tetapi soal usaha bersama buku ini dijayakan. Bagaimana buku ini tercipta secara DIY, kolektif dan konsensus. Buku ini menggambarkan bahwa sebuah kehidupan indah bisa diciptakan walaupun tanpa peraturan hierarki mencengkam. Goblog adalah bukti bahawa menerbitkan buku bukan lagi perkara ekslusif” – DHANI
“Goblog dalam bahasa Jawa (goblok) maksudnya bangang, bodoh, bebal, dungu & yang seangakatan dengannya. Mungkin ini satu parodi kepada dunia kini yang semakin dipenuhi dengan manusia² goblok malah buta tuli deria pancainderanya. Namun juga Goblog adalah sebuah manifestasi segelintir manusia² goblok yang tidak ingin bersekongkol mahupun lari daripada segolongan goblok yang besar. Sinonim jumlah 13 ditambah dengan unsur goblok; nyata amarah jiwa² muda (& tua?) terasak keluar & dirakam dalam bentuk penulisan yang sangat² mentah, terus terang serta tidak berselindung. Suara² tidak terkeluar kini disampaikan dalam buku ini. Go Blog!” – ZAXX

GOBLOG “koleksi tulisan blog orang kecil” telah pun beredar. sebuah buku yang julung kalinya diriliskan secara d.i.y oleh Papakerma. buku setebal 176 muka surat yang memuatkan tulisan 13 penulis ini dijual dengan harga rm20 + rm3 setem senaskah. hantarkan pesanan anda sekarang kepada:
Ahmad Faisal Othman, Lot 567 Hilir Masjid, Nilam Puri, 16010
hp: 019-2508857